Khamis, 14 Jun 2012

Blog Cikgu Azian: Cara Berkesan Memohon Hajat Sebelum Tidur

Blog Cikgu Azian: Cara Berkesan Memohon Hajat Sebelum Tidur:

Ingin saya kongsikan amalan ini yang saya baca dari salah seorang rakan fb. Saya telah mengamalkannya dan alhamdulillah amat berkesan. (Terima kasih kepada beliau di atas perkongsian ilmu ini.)

ANTARA CARA KITA BERHAJAT SEBELUM TIDUR ATAU DALAM KRITIKAL UNTUK BERDOA HAJAT
Salam sejahtera. Kepada keluarga, sahabat, jiran-jiran, muslimin dan muslimat yang sempat membaca apa yang dicatatkan ini. Gunakanlah ilmu ini dalam kehidupan seharian kalian. Jangan gusar dengan ILMU DAN AYAT ALLAH SWT. Segala yang baik itu datangnya daripada Allah swt. Semoga kita mendapat rahmat dan barakah daripadaNYA. InsyaALLAH.
 
         Antara KHASIAT DAN RAHMAT yang saya terima: doa saya dimakbulkan oleh Allah swt kerana dengan izinNYA... dan saya bersyukur ke atasnya. Apa yang penting ialah kita perlu yakin dengan ayat ALLAH SWT. AMALKAN SETIAP HARI SEBELUM TIDUR ATAU BILA-BILA MASA DARURAT UNTUK BERHAJAT KEPADA ALLAH SWT TERUTAMA UNTUK PARA GURU DAN IBU BAPA.
Mudah dan selalu kita baca dalam kehidupan. Cuma aturannya mungkin kita kurang jelas.

       Apabila kita mengkehendaki sesuatu, sudah tentu kita berdoa. Cuba saudara/saudari sekalian cuba aturan ini dengan bacaan yang betul dan seikhlas hati secara jujurnya membaca dan MEMOHON kepada Allah swt.

1.  Ambil wuduk dan mengadap kiblat.
2.  Baca Bismillahirrahmannirrahim.
3.  Istighfar 3 x
4.  Selawat ke atas nabi 3 x
5.  Baca Al-Fatihah 3 x
6.  Baca Ayatul Qursi 1 x (Baca ikut 9 wakaf)
7.  Baca Al-Fatihah 1 x
8.  Baca Surah Al-Ikhlas 3 x
9.  Baca Surah Al-Falaq 1 x
10. Baca Surah An-nas 1 x
11. Baca Bismillahirrahmannirrahim 21 x
12. Nyatakan HAJAT : ...." Ya Allah Ya Tuhanku __________________________________....."
13. Mengucap dua kalimah syahadah
14.  PALING SEBELAH KANAN BACA ALLAHU AKBAR, KEMUDIAN PALING SEBELAH KIRI BACA ALLAHU AKBAR
15.  (JIKA SEDANG BERBARING,PANDANG ATAS, BACA Bismillahirrahmannirrahim )
       (JIKA SEDANG DUDUK, PANDANG HADAPAN, BACA Bismillahirrahmannirrahim )
16.  (JIKA BERBARING, SELEPAS ITU MENGIRING SEBELAH KANAN DAN TIDUR.

BILA BOLEH KITA IKUT ATURAN INI?
AMALKAN SEBELUM TIDUR SETIAP HARI....SEELOK-ELOKNYA BACA PADA JAM 12.01 pagi. PASTIKAN ANDA SUDAH SOLAT ISYAK.

       JIKA KITA MAHU BERTAHAJUD SELEPAS ITU, ANTARA HAJAT DALAM BACAAN MINTA ALLAH SWT SEDARKAN KITA BANGUN PAGI JAM 3.00 PAGI UNTUK BERTAHAJJUD.

       JIKA DARURAT DAN MENGALAMI MASALAH DAN PERLU BERDOA ....BILA-BILA MASA BOLEH IKUT ATURAN INI.

       HAL INI YANG SEDEMIKIAN ..... PERLU SEBATI DALAM DIRI DENGAN AMALAN. CUBA DAHULU BARU KITA TAHU KHASIAT AYAT ALLAH SWT INI.

       SEMOGA ANDA MENDAPAT RAHMAT DARIPADA ALLAH SWT DAN REDHO DI ATAS KETENTUANNYA.

ITA / KAK ITA / KAK LONG
alongupmz@yahoo.com.my

Sabtu, 28 April 2012

Belalang Oh Belalang


Ketika ini, ustaz sedang menyiapkan kerja-kerja sekolah dan membuat persiapan untuk Hari Keusahawanan, SK Permatang Kerat Telunjuk. Salah satu menunya Ayam Panggang.... meleleh air liur... macam Upin dan Ipin, nampak je gambar ayam dalam buku yang dibelikan Kak Ros, terus mereka terbayangkan ayam yang dijual Si Mail.... 2 singgit.. 2 singgit....

Ustaz ni macam spesis Upin dan Ipin kot... suka terkenang zaman silam... Dulu-dulu, masa ustaz sekolah rendah, setiap kali pulang dari sekolah pasti terserempak dengan belalang. Maklumlah ustaz tinggal di kawasan sawah padi, berjalan sejauh 2 km untuk sampai ke sekolah. Setiap kali terserempak dengan belalang, pasti ustaz mengekorinya sehingga berjaya menangkapnya. Oleh kerana terlalu asyik mengekori belalang, barulah tersedar bahawa ustaz dah berpatah balik ke sekolah. Dah tentulah perjalan pulang menjadi semakin jauh. Walaupun jauh tapi hati puas.... "Tunggulah kau belalang, sampai kat rumah nanti.......".

Cuba kamu buat andaian apa yang berlaku seterusnya......

Selasa, 3 April 2012

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un


Assalamualaikum warahmatullah,


Firman Allah SWT yang bermaksud, “…setiap jiwa itu akan merasai mati..” (Surah Ali-Imran, ayat 185). 


Tua belum pasti, tetapi MATI ITU PASTI. Mengapa tiba-tiba saya bercakap fasal kematian? Pada 2 April 2012, Pn. Suhaini Samsudin seorang guru SKPKT kematian abang iparnya. Marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada arwah, Allahummaghfirlahu warhamhu... (Ya Allah ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya)… 


Saya pernah menghadapi pemergian ibu yang sangat saya sayangi pada tahun 3 Januari 2011. Saya telah menghadapi beberapa kali pemergian orang yang saya sayangi. Sebelum ini, saya kehilangan datuk sebelah ayah meninggal dunia di Mekah, kemudian diikuti nenek sebelah ayah pula. Beberapa tahun selepas itu, nenek sebelah ibu kemudian diikuti datuk sebelah ibu. Kiranya saya ni, anak piatu la ye.... kali pertama saya menghadapi saat getir ketika beberapa bulan berada di Tawau, Sabah ialah kematian anak sulung saya setelah tiga hari dilahirkan.


Menziarahi jenazah bukanlah agenda yang selalu kita lakukan sehari-hari. Oleh itu, adalah normal jika kadang-kadang kita tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Sebenarnya, dalam ajaran Islam, terdapat adab-adab untuk setiap yang kita kerjakan, termasuklah adab-adab menziarahi jenazah. Apabila kita menerima berita tentang kematian seseorang Muslim, sama ada yang kita kenali mahupun tidak kita kenali, adalah sunat kita menyebut, “innaalillaahi wa innaa ilaihi ro ji'uun”, seperti firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156)

1 Perkara-perkara yang perlu dilakukan menghadapi orang sedang nazak:
a)Apabila pesakit sedang menghadapi kematian, disunatkan bagi ahli keluarganya atau sesiapa yang menziarahinya agar membaringkannya dengan memiringkan ke kanan dan menghadapkan mukanya ke arah kiblat. Jika perkara ini sukar dilakukan maka hadapkan sahaja mukanya ke arah kiblat dengan meninggikan kepalanya dengan bantal.
b)Disunatkan juga agar mengajarkannya membaca kalimah syahadah iaitu "Lailaha illallah" dengan membisikkan di telinganya dengan lembut dan perlahan berulang kali. Ini sepertimana yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud: "Ajarkan kepada orang yang sedang menghadapi kematian bacaan Lailaha illallah." (riwayat Muslim) Ada hadis riwayat lain yang menerangkan bahawa disunatkan membaca surah Yaasin.
c)Disunatkan juga agar dingatkan kepadanya supaya berbaik sangka dengan Allah dan mengharapkan pengampunannya serta berdoa agar dimatikannya dengan keadaan beriman dengan Allah s.w.t.
d)Dititiskan air di tekaknya sedikit demi sedikit (jangan sampai dia tersedak) kerana ada riwayat orang yang sedang sakarat itu kehausan.
e)Disiwakkan (disugi) perlahan-lahan dengan kayu siwak.

Adab-adab menziarahi jenazah seperti :
  • Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan teman-teman yang lain. Tidak digalakkan meninggikan suara ketika berbual-bual. Perkara ini mungkin akan menyinggung perasaan keluarga tersebut. Hormatilah ahli keluarga jenazah yang bersedih. Mereka tidak mungkin akan faham kenapa orang lain masih boleh tersenyum dan ketawa apabila mereka sedang berduka. Kita haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan, “Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal.”
  • Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud, “Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca surah Yasin.” (Hadis riwayat Abu Daud)
  • Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah SWT dengan mengucapkan “Allahummaghfirlahu warhamhu” ertinya, “Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya.”
  • Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian atau menyediakan makanan untuk keluarga si mati. Digalakkan agar menghulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.
  • Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.
  • Melahirkan perasaan dukacita kepada waris di atas kembalinya ke rahmatullah.
  • Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan dukacita keluarga jenazah.
  • Mengingatkan keluarga jenazah dengan kesabaran di atas ujian Allah.
  • Tidak menceritakan aib jenazah.
Perkara yang tidak beradab ketika menziarahi jenazah :
  • Membuat perkara yang menyinggung perasaan keluarga jenazah seperti mengumpat jenazah atau bergurau senda dan berbual-bual dengan nada suara yang tinggi.
  • Jangan sesekali bercerita tentang keburukan jenazah. Ingatlah dosa kita dengan manusia hanya boleh diampunkan oleh orang itu sahaja.
  • Merasa kesal terhadap kematian seperti meratap atau meraung seperti orang jahiliyah
Beberapa hikmah yang boleh kita perolehi sekiranya kita menziarahi jenazah. Antaranya :
  • Kita berpeluang menzahirkan perasaan simpati kepada keluarga jenazah
  • Mengurangkan tekanan emosi keluarga jenazah yang kehilangan ahli keluarganya

  • Dapat mengeratkan silaturrahim dengan keluarga jenazah dan




Ahad, 1 April 2012

MTQSS PKG Bandar Baharu

Alhamdulillah! Syukur kepada Allah yang telah memudahkan perjalanan MTQSS PKG Bandar Baharu, Kedah pada :

                         Tarikh   : 26.3.2012
                         Masa    : 2.00 pm
                         Tempat : SK Permatang Pasir, Bandar Baharu.

SK Permatang Kerat Telunjuk telah menyertai acara Tilawah, Hafazan, Bercerita dan Kuiz Pendidikan Islam.

Acara Tilawah Al-Quran diwakili oleh Adik Muhd Anas bin Azizan dan Adik Nurul Afini binti Mohd Zamri.
 
Muhd Anas
Nurul Afini

Acara Hafazan Surah-Surah Lazim pula diwakili oleh Adik Muhammad Firdaus bin Munjiat dan Adik Nur Anis Syairah Binti Roslan. Manakala acara kuiz Pendidikan Islam diwakili oleh Adik Siti Anisah Hambali, Adik Fatinul Liyana Khaizurat, Adik Nurnajihatul Solehah Hamzah dan Adik Nurul Safina Abd Rashid.

Nur Anis Syairah dan Muhd Firdaus
Peserta Kuiz Pendidikan Islam

Akhir sekali acara bercerita kisah-kisah dari al-Quran diwakili oleh Adik Muhamad Syafiq Wahai Anuar dan Adik Nurul Nadhira Azmi.

Nurul Nadhira
Mohd Syafiq

Tahniah diucapkan kepada semua peserta SK Permatang Kerat Telunjuk yang telah memenangi pertandingan dalam MTQSS PKG Bandar Baharu. Semoga kejayaan anda menjadi insprisai untuk kejayaan  yang lebih cemerlang di masa hadapan.

Ketiga Tilawah Al-Quran Lelaki

Ketiga Hafazan Lelaki
Kedua Hafazan Perempuan








Isnin, 19 Mac 2012


Tutorial Pertama Semester 2

Alhamdulillah!

Tutorial pertama semester 2 2011/2012 telah bermula pada 2&3 Mac 2012 di IKM Beseri, Perlis. Selama 2 hari berkampung di IKM Beseri, pelbagai ilmu diperolehi dari para Tutor yang sangat berkaliber di dalam bidang masing-masing. Moga ilmu Allah yang dicurahkan kepada kami menjadi penggerak untuk memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Pada semester 2 ini, kami didedahkan dengan satu platform baru dalam bidang pendidikan seiring dengan era teknologi masa kini. Moga kami dapat memanfaatkan penggunaan blog ini sebagai satu wadah penyampaian ilmu yang lebih bermakna kepada anak-anak didik kami.

Penggunaan blog dapat membantu murid mempelajari sesuatu tajuk dengan lebih berkesan. Melalui blog, guru dapat memuatkan pelbagai bentu media bagi mengukuhkan kefahaman murid. Penggunaan gambar, slaid, flash, video, muzik dan sebagainya dapat meningkatkan lagi kefahaman murid di dalam sesuatu tajuk pembelajaran.

Penggunaan blog juga memudahkan murid untuk mengulangkaji pelajaran kerana dapat mengulangi sesi pembelajaran di rumah. Soalan interaktif yang dimuatkan dalam blog juga dapat membantu murid menguji kefahaman mereka di dalam sesuatu topik.

Kekurangan dan kelemahan adalah sifat semulajadi makhluk ciptaan Allah. Bagi murid-murid yang tinggal di kawasan pendalaman seperti murid-murid saya turut mengahadapi cabaran era teknologi ini. Kawasan perkampungan mereka tiada liputan broadband dan streamyx. Gejala pencurian kabel menyebabkan Telekom Malaysia menanggung kos yang tinggi untuk menyediakan kemudahan internet di perkampungan tersebut. Kesannya, ahli keluarga mereka tidak dapat menggunakan teknologi terkini di dalam pembelajaran.

Mudahan-mudahan blog yang disediakan ini dapat menjadi sumber rujukan murid-murid SKPKT khasnya dan murid-murid Malaysia amnya.

Wallahu A'lam