Isnin, 19 Mac 2012


Tutorial Pertama Semester 2

Alhamdulillah!

Tutorial pertama semester 2 2011/2012 telah bermula pada 2&3 Mac 2012 di IKM Beseri, Perlis. Selama 2 hari berkampung di IKM Beseri, pelbagai ilmu diperolehi dari para Tutor yang sangat berkaliber di dalam bidang masing-masing. Moga ilmu Allah yang dicurahkan kepada kami menjadi penggerak untuk memantapkan lagi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Pada semester 2 ini, kami didedahkan dengan satu platform baru dalam bidang pendidikan seiring dengan era teknologi masa kini. Moga kami dapat memanfaatkan penggunaan blog ini sebagai satu wadah penyampaian ilmu yang lebih bermakna kepada anak-anak didik kami.

Penggunaan blog dapat membantu murid mempelajari sesuatu tajuk dengan lebih berkesan. Melalui blog, guru dapat memuatkan pelbagai bentu media bagi mengukuhkan kefahaman murid. Penggunaan gambar, slaid, flash, video, muzik dan sebagainya dapat meningkatkan lagi kefahaman murid di dalam sesuatu tajuk pembelajaran.

Penggunaan blog juga memudahkan murid untuk mengulangkaji pelajaran kerana dapat mengulangi sesi pembelajaran di rumah. Soalan interaktif yang dimuatkan dalam blog juga dapat membantu murid menguji kefahaman mereka di dalam sesuatu topik.

Kekurangan dan kelemahan adalah sifat semulajadi makhluk ciptaan Allah. Bagi murid-murid yang tinggal di kawasan pendalaman seperti murid-murid saya turut mengahadapi cabaran era teknologi ini. Kawasan perkampungan mereka tiada liputan broadband dan streamyx. Gejala pencurian kabel menyebabkan Telekom Malaysia menanggung kos yang tinggi untuk menyediakan kemudahan internet di perkampungan tersebut. Kesannya, ahli keluarga mereka tidak dapat menggunakan teknologi terkini di dalam pembelajaran.

Mudahan-mudahan blog yang disediakan ini dapat menjadi sumber rujukan murid-murid SKPKT khasnya dan murid-murid Malaysia amnya.

Wallahu A'lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan