Selasa, 3 April 2012

Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un


Assalamualaikum warahmatullah,


Firman Allah SWT yang bermaksud, “…setiap jiwa itu akan merasai mati..” (Surah Ali-Imran, ayat 185). 


Tua belum pasti, tetapi MATI ITU PASTI. Mengapa tiba-tiba saya bercakap fasal kematian? Pada 2 April 2012, Pn. Suhaini Samsudin seorang guru SKPKT kematian abang iparnya. Marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada arwah, Allahummaghfirlahu warhamhu... (Ya Allah ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya)… 


Saya pernah menghadapi pemergian ibu yang sangat saya sayangi pada tahun 3 Januari 2011. Saya telah menghadapi beberapa kali pemergian orang yang saya sayangi. Sebelum ini, saya kehilangan datuk sebelah ayah meninggal dunia di Mekah, kemudian diikuti nenek sebelah ayah pula. Beberapa tahun selepas itu, nenek sebelah ibu kemudian diikuti datuk sebelah ibu. Kiranya saya ni, anak piatu la ye.... kali pertama saya menghadapi saat getir ketika beberapa bulan berada di Tawau, Sabah ialah kematian anak sulung saya setelah tiga hari dilahirkan.


Menziarahi jenazah bukanlah agenda yang selalu kita lakukan sehari-hari. Oleh itu, adalah normal jika kadang-kadang kita tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Sebenarnya, dalam ajaran Islam, terdapat adab-adab untuk setiap yang kita kerjakan, termasuklah adab-adab menziarahi jenazah. Apabila kita menerima berita tentang kematian seseorang Muslim, sama ada yang kita kenali mahupun tidak kita kenali, adalah sunat kita menyebut, “innaalillaahi wa innaa ilaihi ro ji'uun”, seperti firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156)

1 Perkara-perkara yang perlu dilakukan menghadapi orang sedang nazak:
a)Apabila pesakit sedang menghadapi kematian, disunatkan bagi ahli keluarganya atau sesiapa yang menziarahinya agar membaringkannya dengan memiringkan ke kanan dan menghadapkan mukanya ke arah kiblat. Jika perkara ini sukar dilakukan maka hadapkan sahaja mukanya ke arah kiblat dengan meninggikan kepalanya dengan bantal.
b)Disunatkan juga agar mengajarkannya membaca kalimah syahadah iaitu "Lailaha illallah" dengan membisikkan di telinganya dengan lembut dan perlahan berulang kali. Ini sepertimana yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud: "Ajarkan kepada orang yang sedang menghadapi kematian bacaan Lailaha illallah." (riwayat Muslim) Ada hadis riwayat lain yang menerangkan bahawa disunatkan membaca surah Yaasin.
c)Disunatkan juga agar dingatkan kepadanya supaya berbaik sangka dengan Allah dan mengharapkan pengampunannya serta berdoa agar dimatikannya dengan keadaan beriman dengan Allah s.w.t.
d)Dititiskan air di tekaknya sedikit demi sedikit (jangan sampai dia tersedak) kerana ada riwayat orang yang sedang sakarat itu kehausan.
e)Disiwakkan (disugi) perlahan-lahan dengan kayu siwak.

Adab-adab menziarahi jenazah seperti :
  • Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan teman-teman yang lain. Tidak digalakkan meninggikan suara ketika berbual-bual. Perkara ini mungkin akan menyinggung perasaan keluarga tersebut. Hormatilah ahli keluarga jenazah yang bersedih. Mereka tidak mungkin akan faham kenapa orang lain masih boleh tersenyum dan ketawa apabila mereka sedang berduka. Kita haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan, “Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal.”
  • Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud, “Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca surah Yasin.” (Hadis riwayat Abu Daud)
  • Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah SWT dengan mengucapkan “Allahummaghfirlahu warhamhu” ertinya, “Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya.”
  • Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian atau menyediakan makanan untuk keluarga si mati. Digalakkan agar menghulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.
  • Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.
  • Melahirkan perasaan dukacita kepada waris di atas kembalinya ke rahmatullah.
  • Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan dukacita keluarga jenazah.
  • Mengingatkan keluarga jenazah dengan kesabaran di atas ujian Allah.
  • Tidak menceritakan aib jenazah.
Perkara yang tidak beradab ketika menziarahi jenazah :
  • Membuat perkara yang menyinggung perasaan keluarga jenazah seperti mengumpat jenazah atau bergurau senda dan berbual-bual dengan nada suara yang tinggi.
  • Jangan sesekali bercerita tentang keburukan jenazah. Ingatlah dosa kita dengan manusia hanya boleh diampunkan oleh orang itu sahaja.
  • Merasa kesal terhadap kematian seperti meratap atau meraung seperti orang jahiliyah
Beberapa hikmah yang boleh kita perolehi sekiranya kita menziarahi jenazah. Antaranya :
  • Kita berpeluang menzahirkan perasaan simpati kepada keluarga jenazah
  • Mengurangkan tekanan emosi keluarga jenazah yang kehilangan ahli keluarganya

  • Dapat mengeratkan silaturrahim dengan keluarga jenazah dan




1 ulasan: