Sabtu, 28 April 2012
Belalang Oh Belalang
Ketika ini, ustaz sedang menyiapkan kerja-kerja sekolah dan membuat persiapan untuk Hari Keusahawanan, SK Permatang Kerat Telunjuk. Salah satu menunya Ayam Panggang.... meleleh air liur... macam Upin dan Ipin, nampak je gambar ayam dalam buku yang dibelikan Kak Ros, terus mereka terbayangkan ayam yang dijual Si Mail.... 2 singgit.. 2 singgit....
Ustaz ni macam spesis Upin dan Ipin kot... suka terkenang zaman silam... Dulu-dulu, masa ustaz sekolah rendah, setiap kali pulang dari sekolah pasti terserempak dengan belalang. Maklumlah ustaz tinggal di kawasan sawah padi, berjalan sejauh 2 km untuk sampai ke sekolah. Setiap kali terserempak dengan belalang, pasti ustaz mengekorinya sehingga berjaya menangkapnya. Oleh kerana terlalu asyik mengekori belalang, barulah tersedar bahawa ustaz dah berpatah balik ke sekolah. Dah tentulah perjalan pulang menjadi semakin jauh. Walaupun jauh tapi hati puas.... "Tunggulah kau belalang, sampai kat rumah nanti.......".
Cuba kamu buat andaian apa yang berlaku seterusnya......
Selasa, 3 April 2012
Inna Lillahi Wa Inna Ilaihi Raji'un
Assalamualaikum warahmatullah,
Firman Allah SWT yang bermaksud, “…setiap jiwa itu akan merasai mati..” (Surah Ali-Imran, ayat 185).
Tua belum pasti, tetapi MATI ITU PASTI. Mengapa tiba-tiba saya bercakap fasal kematian? Pada 2 April 2012, Pn. Suhaini Samsudin seorang guru SKPKT kematian abang iparnya. Marilah kita sama-sama sedekahkan al-Fatihah kepada arwah, Allahummaghfirlahu warhamhu... (Ya Allah ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya)…
Saya pernah menghadapi pemergian ibu yang sangat saya sayangi pada tahun 3 Januari 2011. Saya telah menghadapi beberapa kali pemergian orang yang saya sayangi. Sebelum ini, saya kehilangan datuk sebelah ayah meninggal dunia di Mekah, kemudian diikuti nenek sebelah ayah pula. Beberapa tahun selepas itu, nenek sebelah ibu kemudian diikuti datuk sebelah ibu. Kiranya saya ni, anak piatu la ye.... kali pertama saya menghadapi saat getir ketika beberapa bulan berada di Tawau, Sabah ialah kematian anak sulung saya setelah tiga hari dilahirkan.
Menziarahi jenazah bukanlah agenda yang selalu kita lakukan sehari-hari. Oleh itu, adalah normal jika kadang-kadang kita tidak tahu apa yang perlu dilakukan. Sebenarnya, dalam ajaran Islam, terdapat adab-adab untuk setiap yang kita kerjakan, termasuklah adab-adab menziarahi jenazah. Apabila kita menerima berita tentang kematian seseorang Muslim, sama ada yang kita kenali mahupun tidak kita kenali, adalah sunat kita menyebut, “innaalillaahi wa innaa ilaihi ro ji'uun”, seperti firman Allah SWT yang bermaksud, “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” (Surah al-Baqarah, ayat 156)
1 Perkara-perkara yang perlu dilakukan menghadapi orang sedang nazak:
|
- Dilarang orang-orang yang menziarahi keluarga yang baru ditimpa kematian hadir di tempat rumah tersebut dengan bergurau senda dengan teman-teman yang lain. Tidak digalakkan meninggikan suara ketika berbual-bual. Perkara ini mungkin akan menyinggung perasaan keluarga tersebut. Hormatilah ahli keluarga jenazah yang bersedih. Mereka tidak mungkin akan faham kenapa orang lain masih boleh tersenyum dan ketawa apabila mereka sedang berduka. Kita haruslah mengucapkan takziah kepada keluarga tersebut perkataan, “Semoga Allah menambahkan ganjaran pahala kamu, dan memperbaiki kedudukan kamu serta mengampunkan dosa ahli keluarga kamu yang baru meninggal.”
- Disunatkan bagi orang yang menziarahi kematian agar membaca surah Yasin seperti yang disebutkan di dalam hadis yang bermaksud, “Bacalah ke atas mereka yang sedang menghadapi kematian dengan membaca surah Yasin.” (Hadis riwayat Abu Daud)
- Berdoa supaya jenazah mendapat keampunan Allah SWT dengan mengucapkan “Allahummaghfirlahu warhamhu” ertinya, “Ya Allah, ampunkanlah dosanya dan limpahkan rahmat-Mu ke atasnya.”
- Memberi pertolongan kepada keluarga jenazah dalam urusan pengkebumian atau menyediakan makanan untuk keluarga si mati. Digalakkan agar menghulurkan bantuan yang berbentuk wang atau makanan kepada keluarga yang ditimpa kematian khususnya bagi keluarga yang miskin.
- Makruh bagi orang yang menziarahi rumah yang ada kematian, makan/minum di rumah tersebut kerana ianya menyibukkan lagi ahli keluarga tersebut. Melainkan jika makanan atau minuman tersebut disediakan oleh jiran tetangga bagi keluarga yang ditimpa kematian.
- Melahirkan perasaan dukacita kepada waris di atas kembalinya ke rahmatullah.
- Mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan perasaan dukacita keluarga jenazah.
- Mengingatkan keluarga jenazah dengan kesabaran di atas ujian Allah.
- Tidak menceritakan aib jenazah.
- Membuat perkara yang menyinggung perasaan keluarga jenazah seperti mengumpat jenazah atau bergurau senda dan berbual-bual dengan nada suara yang tinggi.
- Jangan sesekali bercerita tentang keburukan jenazah. Ingatlah dosa kita dengan manusia hanya boleh diampunkan oleh orang itu sahaja.
- Merasa kesal terhadap kematian seperti meratap atau meraung seperti orang jahiliyah
- Kita berpeluang menzahirkan perasaan simpati kepada keluarga jenazah
- Mengurangkan tekanan emosi keluarga jenazah yang kehilangan ahli keluarganya
- Dapat mengeratkan silaturrahim dengan keluarga jenazah dan
Ahad, 1 April 2012
MTQSS PKG Bandar Baharu
Alhamdulillah! Syukur kepada Allah yang telah memudahkan perjalanan MTQSS PKG Bandar Baharu, Kedah pada :
Tarikh : 26.3.2012
Masa : 2.00 pm
Tempat : SK Permatang Pasir, Bandar Baharu.
SK Permatang Kerat Telunjuk telah menyertai acara Tilawah, Hafazan, Bercerita dan Kuiz Pendidikan Islam.
Acara Tilawah Al-Quran diwakili oleh Adik Muhd Anas bin Azizan dan Adik Nurul Afini binti Mohd Zamri.
Acara Hafazan Surah-Surah Lazim pula diwakili oleh Adik Muhammad Firdaus bin Munjiat dan Adik Nur Anis Syairah Binti Roslan. Manakala acara kuiz Pendidikan Islam diwakili oleh Adik Siti Anisah Hambali, Adik Fatinul Liyana Khaizurat, Adik Nurnajihatul Solehah Hamzah dan Adik Nurul Safina Abd Rashid.
Akhir sekali acara bercerita kisah-kisah dari al-Quran diwakili oleh Adik Muhamad Syafiq Wahai Anuar dan Adik Nurul Nadhira Azmi.
Tarikh : 26.3.2012
Masa : 2.00 pm
Tempat : SK Permatang Pasir, Bandar Baharu.
SK Permatang Kerat Telunjuk telah menyertai acara Tilawah, Hafazan, Bercerita dan Kuiz Pendidikan Islam.
Acara Tilawah Al-Quran diwakili oleh Adik Muhd Anas bin Azizan dan Adik Nurul Afini binti Mohd Zamri.
Muhd Anas |
![]() |
Nurul Afini |
Acara Hafazan Surah-Surah Lazim pula diwakili oleh Adik Muhammad Firdaus bin Munjiat dan Adik Nur Anis Syairah Binti Roslan. Manakala acara kuiz Pendidikan Islam diwakili oleh Adik Siti Anisah Hambali, Adik Fatinul Liyana Khaizurat, Adik Nurnajihatul Solehah Hamzah dan Adik Nurul Safina Abd Rashid.
![]() |
Nur Anis Syairah dan Muhd Firdaus |
![]() |
Peserta Kuiz Pendidikan Islam |
Akhir sekali acara bercerita kisah-kisah dari al-Quran diwakili oleh Adik Muhamad Syafiq Wahai Anuar dan Adik Nurul Nadhira Azmi.
![]() |
Nurul Nadhira |
Mohd Syafiq |
Tahniah diucapkan kepada semua peserta SK Permatang Kerat Telunjuk yang telah memenangi pertandingan dalam MTQSS PKG Bandar Baharu. Semoga kejayaan anda menjadi insprisai untuk kejayaan yang lebih cemerlang di masa hadapan.
![]() |
Ketiga Tilawah Al-Quran Lelaki |
![]() |
Ketiga Hafazan Lelaki |
![]() |
Kedua Hafazan Perempuan |
Langgan:
Catatan (Atom)