Jumaat, 22 November 2013



اين اني.
اني اد ايبو.
ايبو اني نام ناني.

Ahad, 27 Oktober 2013

Kelahiran



Tanggal 25 Disember 1995 aku di lahirkan di Kampung Pisang, Kota Sarang Semut, Kedah. Aku dilahirkan di rumah. Kelahiran aku dikendalikan seorang bidan yang dipanggil Tok Minah. Aku diberi nama Azizan setelah dipersetujui oleh ibu dan ayah. Aku adalah anak sulung bagi pasangan Hashim dan Khadijah. Adikku yang kedua meninggal dunia sewaktu kelahiran manakala adikku yang keempat meninggal dunia ketika masih bayi.

Aku dilahirkan dalam sebuah keluarga yang serba kekurangan. Usahkan motosikal, basikal pun tiada. Ibubapaku pula seorang yang buta huruf. Mereka tidak bersekolah dan tidak boleh membaca dan menulis. Ibubapaku hanya mahir membaca al-Quran. Rumah kami didirikan di atas sebidang tanah milik orang kampung. Aku membesar di sebuah kampung yang dikelilingi sawah padi. Ketika itu, ibubapa ku mengambil upah kerja-kerja sawah padi seperti menanam padi, meracun, merumput dan sebagainya.

Ketika kanak-kanak aku sering menghabiskan masa dengan bermain bermacam-macam jenis mainan ciptaan sendiri. Kami bermain kereta sorong yang diperbuat daripada tin susu. Masih segar dalam ingatanku bagaimana kami dirotan oleh tok nek Tok Hah gara-gara buah terung pipitnya dijadikan peluru senapang. Betapa sedih hatinya kerana tidak dapat makan sambal terung pipit. Combat adalah rancangan tv yang paling popular ketika itu. Vic Morrow adalah salah satu watak dalam filem tersebut. Kami membuat senapang menggunakan batang bemban manakala pelurunya buah terung. Ayahku menyediakan topi ala Vic Morrow dengan menggunakan kulit buah tembikai. Ada kalanya, ayah membuat senapang untukku menggunakan papan. Megahnya aku apabila bersama-sama dengan rakan kerana memiliki senapang M16 berlaras tiga ciptaan ayahku.

Aku sering mendapat perhatian daripada ayah. Ayah sering melibatkan diriku di dalam sesuatu aktiviti. Banyak sekali ilmu yang ku pelajari dari ayah. Tak hairanlah jika sekarang aku mempunyai banyak kemahiran. Aku lebih banyak berdikari dalam hidup. Aku mampu membaiki kerosakkan kecil kenderaan, membaikpulih paip air, membuat penyambungan letrik dan sebagainya. Hasil didikan ayah menyebabkan aku mudah mendapat idea dalam menyelesai sesuatu masalah yang dihadapi. Itulah universiti pertamaku.

Menurut Mohd Ismail et al.(2004), persekitaran memainkan peranan penting dalam pembentukan sahsiah individu. Didikan daripada ibubapa sejak kecil banyak mempengaruhi perkembangan sahsiah atau personaliti individu. Manakala Alfred Adler dalam psikologi individu mengatakan anak sulung berjaya mendapat perhatian yang baik kerana pada masa dilahirkan mereka adalah seorang sahaja anak yang ada.